BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 10, 2009

Cik Biru Dirampok

Di kantor. Online thru this. Cik Biru broadband.
Raya lepas. Kununnya aku beli untuk adik. Tapi. Terpaksa buruk siku kejap.
Gara-gara kuota 40 minit itu. Tekanan aku.
Tapi. Bila dah ada ini. Aku tersenyum puas.

Semalam. Aku mengantuk. Tahap terajang siling.
Mata ni macam kena gam. Lunch hour. Nap di port biasa.
Tapi. After lunch aku tetap mengantuk.
So bercadang mau menyegarkan mata.
Kelihatan Cik Biru broadband terputus talian. Cuba sambungkan.
Berkali-kali. Aik?! Pelik. Timbul kegusaran di hati. Kenapakahhhhhh?
Lama tunggu. Akhirnya keluar satu kenyataan di situ.
"Insert sim".
Hati kian gundah. Apakah ini??

Tergerak hati mau bukakkk.....


Hah?!! Mana kau wahai cik sim? Demmmm!!
Aku cuba positif. Tak mau syak siapa-siapa.
Anggap saja my bad day. Rezeki si tangan panjang.

Nasib baik. Sim card saja diambil. Tidak usb.
Sayang tau. Limited edition.
MTV World Stage..Live in Malaysia.

Tapi. Itu yang pelik.
Mungkin. Si panjang tangan masih berhati mulia.
Walaupun tak mulia sangat.

Kalaulah si panjang tangan terbaca entri ini.
Khas untuk kamu.

Walaupun kau kejam pada aku. Tidak sesekali aku balas on the dot.
Aku bagi kau peluang bermaharajalela guna free sampai jam 6.
Walaupun boleh saja kot aku call centre on the dot untuk sekat talian.
Baik kan aku?
Tapi kau.....nan adooo!


Monday, November 9, 2009

Khabar dari Kampung

Ooh kesian rumah ku.
Lebih kesian mak & abah.

Dilaporkan oleh...

Nota Jari Kelengkeng : main ayaq bah


Sunday, November 8, 2009

Entri ini di update dari lappy yang ku rindui selalu..

Secara lelaju & ringkas.

Hujung minggu saya padat.
Hujung minggu saya hebat!!
Hujung minggu saya bessstttttttt!!!

Cerita lanjut di entri akan datang.
Sila tunggu..kalau nak tau.
Kalau taknak pun takpe..hehe

Friday, November 6, 2009

Nota Jari Kelengkeng : thank you so much, dear

Wednesday, November 4, 2009

Silent is costly than action

Penat. Sangat.
Letih. Teramat.
Cuba bersikap positif.
Yang pendek. Jangan dipanjangkan.
Tapi. Bila aku membisu.
Makin galak kau berbahasa.
Mulai jelak.

Tuesday, November 3, 2009

Get settt....Readyyy....Shoooottttt!!!

Dah lama tak beraktiviti comot-comot yang satu ni. Paintball.
Kebetulan baru-baru ni aku ada submit nama untuk wakili team paintball. Alhamdulillah..akhirnya ada jugak aktiviti kelab yang aku minat nak join. Fuh!
Sebelum beraksi di Paintball Liga Kebangsaan (perhhh..macam bagus je kan) dalam sedikit masa ni, haruslah semuanya bersuaikenal dengan aktiviti ni dulu. Takde la terkejut beruk sangat kan..bila rata-rata team yang akan beraksi pada 7-8 November nanti adalah profesional belaka. Takut mak, nyahhhh! Almaklumlah kami adalah kanak-kanak baru belajar. Aku sendiri termasuk yang ini baru tiga kali.

Jadi. Sabtu lepas. Kami telah sepakat membawa berkat. Training paintball di Paintball Valley, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam. Ooh aku adalah pertama kali ke situ. Pagi-pagi (walaupun dah tak pagi sangat) menghirup udara segar hutan amatlah damai sekali. Feel fresh!

Jom tengok gambar je lah!

briefing
face mask ni macam besar la pulak


adik manis yang berdua ni namanya Shah (tengah) & Ely.
memang attack Shah je sebab kasut dia putih nauu..


sebenarnya yang nak bergambar cuma si Fahmy & Najib (wearing yellow & black shirt) tapi....hahhaha!

testing marker dulu

marshal briefing itu ini before start the game

antara tempat persembunyian

Delta Team..yeaahh! dan seharusnya bersama 'abang botak' ku..hehe

macam skuad elit..hahha!


Friday, October 30, 2009

Bukan nak tayang...tapiii.....

Sehari dua ni. Aku diasak. Dihentam.
2 hamba Allah ni. KJL1 & KJL2.
Bersekongkol mereka berdua.
Semua gara-gara aku seperti menyembunyikan 'status'.
Cuba pertahankan pendirian diri di situ.
Namun aku terus diasak.
Jadi. Untuk memuaskan hati mereka.
Ku tepekkan di sebelah. Besar-besar.
Nahh! Tengok sampai lebam.
Babes..puas hati?! *hihihi*

Aku dah buktikan. Aku tak berselindung.
I'm with someone. Special.